LANGKAWI VACAY #5: ISLAND HOPPING - PULAU BERAS BASAH - PULAU SINGA BESAR - PULAU DAYANG BUNTING


Assalamualaikum

Hari ni nak update entry yang tertangguh 
masih mengenai percutian sekeluarga di LANGKAWI

kali ni nak story mengenai ISLAND HOPPING
yong dan adik decide taknak mangroove
sebab adik ada pengalaman tak best time mangroove
macam rombongan katanya
penerangan punya la meleret
yong okei ja sebab time tu mangroove dengan abang member
abang dia memang dok kerja bawa orang magroove
best sebab leh tengok sangkar ikan tengah laut
even best..kami tak pi sebab nak ke pulau dayang bunting
dok dengar cerita orang ja
nak jugak jejak

actually sebelum datang langkawi
yong ada survey dalam internet
tapi macam banyak sangat pilihan
bila kami turun feri kat jetty
dah ada orang offer
sorang rm40
adik pon book siap-siap

makanya..hari kedua
pagi-pagi breakfast dulu kat gerai 
pastu terus ke kuah untuk tunggu bot

ramai jugak la
sebab ada dalam 4 bot
bot kami pun dalam 10 orang+ kanak-kanak 4 orang

1st destination ke PULAU BERAS BASAH
best sangat sebab boleh mandi manda
time ni angin pun kuat
and bila dah masuk dalam air
sejukkkk rasa air dia
selalu masuk dalam laut rasa suam
yang ni rasa sejuk











seronok la siti zubaidah boleh tengok lottt (laut)

lepas ke pulau beras basah
kami tunggu bot dan terus ke PULAU SINGA BESAR
kat sini takda turun laut pun sebab just aktiviti tengok burung helang
bagi makan..ada la orang bot tu bawa perut ayam untuk makanan helang-helang 

'
next .. ke PULAU DAYANG BUNTING !!

lagenda gilerrr tempat ni
some say ramai yang ke pulau ni untuk mengandung
tapi,,tu kepercayaan karut
bab mengandung ni rezki ALLAH
mohon pada DIA

and ada beberapa versi tentang pulau dayang bunting ni
kalau korang nak tau
pulai ni berbentuk seperti wanita hamil yang sedang berbaring

ada yang kata sebab ditegur SANG KELEMBAI
jadi batu..

ada pula kata lagenda nya tentang suami isteri yang kematian anak
anaknya mati hari ke 7 dan ditanam di dasar tasik
korang google la ye..hehee
boleh klik sini ye

nak ke tasik dayang bunting ni
mencabar jugak
nak kena panjat - panjat
tapi laluan dia besar..santai ja
mak memang tak naik la..sakit lutut
kalau ikut mengah memang yong pun malas
tapi bila fikir pasni tak tau bila lagi nak sampai
dah alang-alang sampai..gagah jugak naik
siti zubaidah jalan jap pastu tokwan dukung
heeee

jom layan gambar-gambar di sana


selamat datanggg




haa..nampak dahhh tasiknya
tengok,tasik ni area 'kepala' wanita mengandung tu..hehe
kat tengah-tengah tu dia buat satu kolam kecil untuk kank-kanak
ada lantai..yang sekeliling tu terus masuk dalam tasik
maknanya terus terju & dalam
bukan macam pantai ada pasir dulu

yong just mandi dengan zubaidah dalam kolam kanak-kanak tu ja
teringin nak turun kat tepi tu tapi seriau pun ada
biasa la..dah ada anak kecik ni
malas pun ada,adik ja yang mandi kat tempat dalam tu








okei..puas mandi..kena mendaki balik...
mengahhhhh








muka BERJAYA !!!!


 alhamdulillah..setel untuk hari ini 

best !






Post a Comment

0 Comments